Wow I Likee..

Monday, June 20, 2011

SEO Optimum, Tetapi Tiada Kesan. Kenapa?

Tahun 2011, banyak yang berubah pada tahun ini. Dari situasi politik sehinggalah dunia internet, segalanya mula mengalami perubahan. Dalam dunia blog dan web, ramai yang mengeluh bila Google mengumumkan Pagerank yang terbaru. Ramai yang mengalami penurunan PR… Kenapa? Adakah kaedah yang digunakan oleh Google juga turut berubah?

Dari berita yang kedengaran di sana sini, jelas sekarang Google telah mengubah dan membaiki apa yang dipanggil ‘search algorithm’ dengan begitu drastik. Sehingga ada yang beranggapan bahawa ‘search bot’ mereka sekarang sudah setaraf dengan tahap kebijaksanaan manusia. Semua ini terpaksa dilakukan oleh Google bagi memastikan setiap hasil carian yang dibuat melalui ‘search engine’ mereka, akan memberi hasil yang berkualiti. Bukan sekadar mengikut ‘keyword’ yang ditaip tetapi akan membawa ke laman yang tidak sebagaimana yang diharapkan oleh sipencari. Ini semua berlaku gara-gara manipulasi yang dilakukan ke atas kelemahan ‘search bot’ mereka sebelum ini.

Jadi, sebahagian besar kaedah meningkatkan SEO yang dibuat sebelum ini telah tidak lagi ‘laku’ dan kaedah baru perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan bukan sahaja tidak akan mendapat respon dari ‘search bot’ bahkan mungkin boleh bertambah teruk pada masa akan datang. Bahkan kaedah meningkatkan link dengan kaedah ‘social bookmarking’ pun tidak akan meningkatkan nilai laman atau blog. Jika kita perasan banyak laman sosial ini telah pun ditutup. Bahkan ‘Delicious’ diantara laman social yang paling terkenal juga dalam proses penutupan. Tehnorati pula sudah tidak lagi menerima ‘ping’ kerana mereka sudah manjadi ‘sebijak’ Google. Mereka sekarang akan mencari post-post baru secara automatik.

Jika Technorati juga demikian, adakah Google akan ketinggalan? Pingomatic, laman yang akan kita guna untuk ping blog.. sebahagian besar link yang ada padanya juga telah terkubur. Jadi selama ini mungkin kita hanya membuat ping kosong yang tidak memberi apa-apa faedah pun.

Jadi, apa sebenarnya yang dicari oleh Google bot sekarang ini? Satu persoalan dengan beribu jawapan yang tidak pasti. Namun ramai pakar yang berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang kita tahu tentang Google iaitu,

1-Google tidak sukakan laman/blog yang kecil dan ‘tersembunyi’ dengan kandungan yang sangat minima, tetapi penuh dengan backlink yang menghala padanya.

2-Google sukakan kandungan (post/entry) yang berkaitan dengan blog tersebut. Sila semak ‘meta description blog anda’. Pastikan ianya berkaitan.

3-Google akan mula rasa syak jika terdapat laman/blog yang mempunyai link yang banyak dari ‘bookmarking site’. Jadi sila buat satu dua bookmark laman anda pada bookmarking site yang memang dikenali sahaja.

4-Googla mahukan link yang ‘semulajadi’ bukan dalam bentuk ‘force’ atau dibeli.

5-Google akan mengambil imej (snapshop) laman/blog yang akan disenaraikan pada SERP. Jadi pastikan theme yang anda guna akan membolehkan laman/blog anda jelas ‘kedudukan dan kelihatannya’.

6-Google memonitor Facebook dan Twitter dan mengenalpasti siapa yang ‘retweet’ blog anda.

7-Google sukakan lama/blog dengan content (entry/post) yang unik dan bukan sekadar copy dan paste.

8-Google mengambil kira panjang entry atau post satu-satu laman/blog.

9-Google mahukan laman/blog yang ditulis dengan ejaan dan tatabahasa yang betul untuk semua bahasa. (wah..!)

10-Google sukakan entry/post yang tersusun dan mudah dibaca (ada perenggan dan tersusun).

11-Google sukakan laman/blog yang mengizinkan pembacanya meninggalkan komen.

12-Google sukakan laman/blog yang mengizinkan pembaca untuk ‘subscribe’ rss atau twitter.

13-Google TIDAK SUKA kaedah SEO secara ‘blackhat’ dan ini akan memungkinkan laman/blog tersebut di blacklist.


Baik, itu diantara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membaiki SEO pada masa ini. Jika kedudukan dalam SERP masih belum bagus walaupun kita dah mengamalkan kaedah SEO yang terbaik, mungkin ada perkara-perkara di atas yang kita tidak ambil kira.

Sumber : hangat.tk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...