Wow I Likee..

Sunday, June 19, 2011

Rahsia Tawan Traffik Dengan Innit Nuffnang

Berita baik untuk blogger yang meletakkan iklan nuffnang pada blog!!!! Tahukah anda dengan status Gliteratti yang anda ada itu anda boleh menawan traffik blog dengan mudah? Caranya mudah sahaja, hanya menggunakan Innit Nuffnang. Setiap kali anda menulis entri terbaru pastikan anda pingkan entri itu di Innit Nuffnang.

Pastikan entri yang di ping itu tersenarai didalam Featured Posts untuk memudahkan anda mendapat traffik tinggi pada blog. Bagaimanakah cara untuk tersenarai di dalam Featured Posts? Caranya cukup mudah. Pastikan anda membuat entri yang menarik dan tajuk menarik yang boleh membuat orang lain teruja dan ingin tahu mengenai isi entri anda itu.

Waktu paling sesuai untuk pingkan entri anda di Innit Nuffnang adalah pada pukul 12 tengah malam dan entri anda berpeluang tersenarai didalam Featured Posts. Featured Posts akan kelihatan di laman web Nuffnang.

Entri anda akan tersenarai di dalam Featured Post mengikut jumlah Nang It, semakin banyak Nang It semakin tinggi kedudukan didalam Featured Posts.

Cuma search : Innit Nuffnang di google.com.

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...