Wow I Likee..

Tuesday, June 21, 2011

4 Jenis Tajuk Blog Untuk Tingkatkan Traffik Dengan Mendadak

OK. Ramai blogger yang sedar bahawa tajuk memainkan peranan yang PALING utama dalam meningkatkan trafik blog. Kemahiran yang diperlukan blogger adalah kemahiran untuk memanipulasikan ayat dan situasi semasa menulis. Masih belum faham? Takpe, dibawah aku terangkan dengan ayat yang lebih mudah.

Berikut adalah jenis-jenis tajuk yang boleh menarik trafik ikut kajian yang dijalankan sebelum ni.

1. Tajuk lucah!
- Kebanyakkan blogger akan dapati kata kunci yang sering digunakan adalah kata-kata lucah! Jika anda letakkan tajuk anda sedemikian, anda akan dapati trafik akan naik. Tapi jika anda blogger yang bertauliah dan bermaruah, elakkan menggunakan tajuk seperti ini. Nuffnang pun mungkin akan menarik iklan mereka daripada blog anda!

2. Tajuk berunsur hiburan.
- Perasan tak setiap kali lepas rancangan realiti, banyak blog yang 'menayangkan' keputusan selepas rancangan tersebut. Walaupun isinya hanya 2-3 ayat, tapi trafiknya naik mendadak. Hal ini kerana perangkak google akan sibuk. Bagi program drama pula, selalunya penonton TV akan terpikat melihat lelaki kacak atau perempuan cantik dalam drama tersebut. Dan ramai dalam kalangan mereka akan terus search di internet! Jadi jika anda kenal, terus buat entry baru. Contoh : "pelakon Secangkir Kasih yang Cun". Letakkan kata kekunci tajuk drama tersebut.

3. Tajuk memanipulasi.
- Ini antara tajuk yang sukar untuk dibuat. Selalunya hanya blogger yang kreatif sahaja yang selalu menggunakan tajuk sebegini. Contohnya "Aaron Aziz Meninggal Dunia". Isinya pula hanya menerangkan lakonan Aaron Aziz yang akhirnya 'meninggal dunia' dalam filem terbarunya. Jadi, tajuk manipulasi sedemikian akan menjadi pilihan orang ramai. Tapi hati-hati bila menggunakan tajuk jenis ini. Ini kerana pengunjung blog mungkin akan bosan atau marah dengan entri anda. Sekali sekala takpelah! hehe.

4. Tajuk berkenaan duit
-Contoh: ' Dalam 2 Hari Dapat RM1300!' atau ' Bagaimana Melabur Dalam...' Well, duit adalah ALAT untuk hidup. Jadi kebanyakan manusia waras akan mencari jalan bagaimana untuk mencari duit. Itu sebab kadang-kadang kita jumpa blogger yang mengkhususkan blog mereka kearah bidang pelaburan atau wang. Tapi ia juga memerlukan kemahiran yang tinggi.

2 comments:

eira said...

perlu ke blog glamour??ckup la skadar xglamer,p de y sudi jnguk2 selalu..jgn hnye glamer,p wt skit ati org..

Mohd Areef said...

xperlu glemer..
skadar nak tarik traffic.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...