Wow I Likee..

Sunday, June 19, 2011

4 Jenis Earning Nuffnang untuk Blog

Know what? Ilmu Nuffnang pun aku rasa macam ilmu yang sangat luas, bukan semua orang tahu pasal Nuffnang sebab tu aku mind to share apa yang aku tahu. Untuk kali ni, aku nak memperkenalkan korang dengan jenis-jenis Earning dalam Nuffnang dan Faktor yang mempengaruhi Earning Nuffnang tu..

Setakat yang aku tahu, maksimum empat jenis pendapatan (Earning) yang boleh dilihat di dashboard Earning Nuffnang kita. 3 daripada jenis pendapatan itu ialah daripada iklan yang berlegar di blog manakala satu lagi adalah daripada Advertorials iaitu penulisan post / Review ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipilih sendiri oleh Advertiser, atas khidmat bantuan Nuffies.

Contoh Jenis earning yang ada dalam Nuffnang aku. Yang masih belum ada dalam ni adalah Sponsored Post / Advertorials.


1. Campaign @ CPC (Cost Per Click)


Ini adalah kempen iklan dengan bayaran lebih rendah ditawarkan oleh Nuffnang. Kebanyakan blog yang berdaftar dan mengiklankan ads dari Nuffnang di blog akan ada jenis earning ini. Kebiasaannya, earning jenis ini dikemaskini pada hari Isninsetiap minggu (kecuali cuti), so selepas jam 10.00pagi dah boleh semak untuk melihat jumlah pendapatan kempen ini bagi minggu sebelumnya.

Link berkaitan: Kenapa Income Nuffnang saya ciput?

Faktor yang mempengaruhi jumlah earning dalam iklan CPC / Campaign ini ialah:

Status Keahlian anda (Gliterati 25sen/klik , Ordinary Members 15sen/klik). Untuk kekerapan iklan keluar dan nilai CPC tinggi, pastikan anda seorang Gliterati Nuffnang.
Untuk blogger Malaysia yang mengiklan Nuffnang di blog, Trafik / Pelawat dari Malaysia sahaja di kira. So, kalau peratusan pelawat blog dari Malaysia rendah, kempen yang anda dapat juga lebih rendah. Set kan target Visitor dengan menggunakan Google Websmaster Tools.
Masa iklan terpapar di halaman blog. Jika semasa iklan keluar, dan pelawat semasa tu ramai, semakin tinggi kemungkinan untuk mendapatkan pendapatan dari CPC ni. So,pastikan trafik tinggi setiap masa dan kalau boleh, semasa iklan keluar, blogwalking ke blog-blog yang tuannya sedang online dan blog yang biasa jadi tumpuan berkumpul.
Iklan jenis ini tidak akan membayar anda sama sekali jika tidak ada orang yang mengklik. Persamaan untuk jenis iklan ini boleh kita nyatakan sebagai : Tiada Klik = Tiada Earning!

2. Buffered Earning @ mCPM (Cost Per Impression Campaign)


setelah disemak image yang diberi, bukanlah BE seperti yang dinyatakan.

Buffered Earning atau kebiasaanya disebut BE sememangnya stage tinggi dalam Nuffnang bagi blogger. Bila dapat, memang akan rasa bangga dan senyum je sebab tak semua orang akan dapat BE ni. Kempen ini diberi bergantung kepada advertisers yang memilih sendiri blog yang mereka berkenan dengan khidmat nasihat Nuffnang berdasarkan keahlian, sumber trafik dari negara mana dan gaya persembahan blog. BE ni dapat dilihat peningkatan nilainya setiap hari kerana ianya dikemaskini setiap hari, awal pagi dah boleh lihat penambahan current earning.



Current Earning = CTR Bonus x 4 ???

CTR Bonus diberi sebagai tanda penghargaan di atas prestasi baik blog untuk kempen tersebut yang mana CTR Bonus ni diberi apabila CTR (Click Through Ratio) melebihi 0.2% berdasarkan standard. Maknanya, jika ada orang klik ke atas iklan BE anda dengan nisbah lebih 0.2%, Nuffnang akan bagi bonus, tapi akan jadi 0 jika kurang 0.2%. Semuanya bergantung kepada pelawat yang berada di blog anda untuk klik iklan tersebut atau tidak.

CTR > 0.2% = Ada CTR Bonus



Current Earning pula memaparkan pendapatan mengikut bilangan impression pada masa kempen berlangsung di blog. Faktor mempengaruhi Current Earning ini ialah:

Status Keahlian anda. BE ni kebiasaannya diberi kepada Gliterati. Bagi Ordinary Members yang dapat BE ni, nilainya adalah separuh. Kalau tetiba bertukar jadi Ordinary, akan dipotong separuh pendapatan. So, pastikan anda Gliterati!
Dari mana pelawat anda datang. Kalau pelawat anda beribu setiap hari, tapi lebih 50% bukan dari Malaysia, Current Earning akan lebih rendah. Rasional? Iklan biasanya dari negara sendiri, so sudah pasti bakal pembeli yang diinginkan adalah daripada negara sendiri.
Jumlah pelawat blog anda pada hari kempen berlangsung di blog anda memainkan peranan penting. Anda boleh cuba untuk mengeksperimentasi dengan meningkatkan trafik blog anda bila ada BE ini dan melihat sendiri bagaimana nilainya bertambah setiap hari.
Iklan/Kempen ini juga bergantung kepada jumlah pelawat yang dibeli di blog anda. Jika blog anda telah memenuhi jumlah pelawat yang dibeli pada hari tertentu, anda takkan dapat melihat iklan tersebut di blog lagi. Dan iklan hanya akan keluar selepas jam 12 mlm untuk hari berikutnya selagi kempen berlangsung.
Tempoh iklan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan Current Earning. Bila tempoh iklan tu lama, makin gemuklah Current Earning, tapi ini semua bergantung kepada tempoh masa yg diberi Nuffnang. Kita sendiri takkan tahu bila ia akan berakhir dan menjadi Metered Earning.
Link berkaitan: 1. Tips untuk Buffered Earning

2. Buffered melimpah ruah di blog

Tips: Selagi ada Buffered Earning di blog, tingkatkanlah trafik ke blog anda!



3. Metered Earning


Ramai gak blogger yang keliru dengan apa Metered Earning, bila aku nampak ada blogger yang mengganggap Metered Earning adalah Earning baru dari Nuffnang untuk diorang. Metered Earning ini ialah Buffered Earning yang telah tamat tempoh. Maksudnya, bila kempen/iklan Buffered dah tak keluar di blog, bebila masa je dia akan ditukar menjadi Metered Earning, dan nilai Amount campur dengan CTR Bonus yang tercatat di dalam Metered Earning tu dah dikreditkan ke dalam Earning korang. Iklan ni kira dah lupus, dan Nuffnang dah bagi pembayaran untuk korang. Ingat, ini bukan iklan baru!


4. Sponsored Post @ Advertorials



Ini adalah peluang besar untuk mendapatkan pendapatan tinggi dari Nuffnang. Sebab tu lah Redmummy mampu mendapat ribuan ringgit dari Nuffnang setiap bulan, dan kalau tengok di blog dia jugak, pasti ada Job Advertorials yang dia perlu lakukan.



Untuk dapatkan Earning yang ni, memang masih misteri sebab ni peringkat tertinggi earning. Pemilihan memang definitely on Advertiser dan susah nak cakap apa kriteria yang diperlukan, tapi aku rasa its depend on kuasa membeli yang dipunyai oleh pelawat kita dan ada sumber cakap, UV kena melebihi 1000 setiap hari. Difahamkan, untuk satu Advertorial Job ni (sekarang ditukar nama ke Sponsored Post) blogger yang terpilih tu akan mendapat bayaran serendah RM50 sehingga RM1,500 per advertorial. Aku pun tak pasti kesahihannya sebab takde lagi yang pernah tayang Amount.

Tapi, bagi mereka yang pernah join dan memenangi Instant Cash Blogging Project Alpha punya , memang ada ruangan earning ni. Setiap Blog Entry yang menang dapat RM20. Sekarang baru aku rasa menyesal tak join dulu. Next Season, aku mesti try!

Sumber : Coretanmayaku

3 comments:

shera haifa said...

nice info..TQ..
=)

Mohd Areef said...

welcome ^_^

0nenanina Vanilla said...

entri ni best n amat bguna..bole x sya nak mintak izin copy entry ni.. promote blog awk (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...