Wow I Likee..

Saturday, June 18, 2011

10 Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Aku bukanlah otai dalam dunia blog. Aku cumalah seorang blogger yang seronok untuk menambah pendapatan melalui nuffnang. Aku buat blog ni bukanlah untuk popular. Tapi sekadar untuk berkongsi idea dan ilmu yang tak seberapa. Bukan mudah untuk berjaya. Tetapi mulakan dengan perlahan-lahan dan ikut rentak blogger yang telah berjaya.

Walaupun tak layak bercakap dalam entry ini. Tapi aku nak cakap jugak. Suka hati aku lah..hahaha


1. Selalu menambah entry baru

Bagi yang baru menceburi bidang blog, anda perlu kerap update blog anda. Kalau boleh setiap hari perlu update. Hal ini dapat meningkatkan status anda dalam berbloging. Ingat bahawa orang tidak akan jadi followers anda jika anda masih baru dan entry anda menyedihkan. Jadi rajin-rajinkanlah jari jemari anda untuk menaip. Kalau dah malas sangat, copy-paste je lah dari blog orang lain. TAPI jangan lupa untuk meminta kebenaran kepada tuan punya blog dan letakkan kredit kepadanya.

2. Ping Blog anda.

Ramai yang masih sengal-sengal ubi berkenaan dengan perkataan 'Ping Blog'. Ok, pernahkah anda melawat google.com? Pernahkah anda mencari sesuatu dalam google? Yang akan berada di ranking paling atas adalah carian yang paling popular. Ping blog akan membuatkan enjin carian pantas mencari blog anda. Ia adalah satu 'pemberitahuan' bahawa blog anda telah dikemaskini.

3. Hantar URL anda ke Google

Teknik ni ramai yang masih belum tahu. Cuba taip "google add url" di google.com dan hantarkan URL anda kesana. Jangan lupa, kebanyakan pengguna internet akan menjadikan google sebagai enjin carian. Di internet terdapat jutaan blog, tapi tak semua hantar ke google.com. Bila anda hantar ke google, anda akan dapati blog anda mudah dicari jika menggunakan enjin carian tersebut.


4. Elakkan menjadikan blog anda merimaskan.

Jangan letak lagu yang akan dimainkan secara automatik. Well, itu sangatlah mengganggu blog walker. Kadang-kadang aku rimas dengan lagu-lagu tu. Mungkin ia sedap ditelinga anda, tetapi tidak orang lain. Tujuan utama adalah untuk menyampaikan tulisan anda bukannya lagu.

5. Berikan komen di blog orang lain.

Perasan tak dalam blog-blog yang popular, akan ramai orang yang comment dalam setiap entry. Ini adalah salah satu strategi untuk meningkatkan traffic anda. Pelawat blog tersebut mungkin akan ke blog anda (jika anda bertuah). Tapi tolong jangan copy-paste comment yang sama kepada setiap blog yang anda lawati. Hormati mereka dan comment berdasarkan tajuk entry. Tentu pemilik blog berkecil hati dengan anda!

6. Bertukar link antara satu sama lain.

jom link exchange!


7. Aktifkan RSS blog anda

Letak RSS supaya orang boleh subscribe entri anda, maka peluang untuk dapat traffic tinggi makin bertambah.

8. Letak link blog anda diserata internet.

Rajin-rajinkan jari jemari anda untuk meletakkan link blog anda dimana-mana. COntoh paling mudah adalah Facebook. Takkan dalam 1000 kawan anda dalam Facebook, seorang pun tak berkenan nak klik link anda? Jika tak pun, mesti tajuk anda tidak menarik perhatian mereka.

9. Gunakan Search Assistant di Yahoo.com.

Search Assistant ni ada di Yahoo. Cuba cari dibahagian bawah. Ini antara langkah yang mudah untuk meningkatkan traffic anda.


10. Letak Tags di setiap entry anda.

Taip Tags di setiap entry anda. Kalau entry anda berkenaan dengan bola, taiplah Rajagobal ke, Bola Sepak ke, Kaki Bola ke, Kaki Bangku ke, taip banyak-banyak tapi berkaitan lah. Jangan cerita pasal bola tetapi taip Stoking pulak.

2 comments:

mrzool said...

ini tentang SEO ni. menarik untuk di share. apapun, artikel yang menarik dan berinfo ;3

Mohd Areef said...

ye..
ilmu yang ada perlu dikongsi untuk kebaikan bersama.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...