Wow I Likee..

Friday, July 15, 2011

7 Kebiasaan Blogger Profesional

Berikut merupakan tujuh sikap yang dikongsikan oleh top blogger yang saya petik dari laman ProBlogger yang ditulis oleh Ali Luke. Baca dan fahami. Adakah semua sikap tersebut telah diterapkan dalam diri kamu sebagai seorang blogger?! Jika tidak, mari mulakan untuk mengubah sikap kita...

1. LEARNING (Belajar)
Kesediaan untuk belajar dan sentiasa konsisten merupakan elemen yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia yang serba pantas ini. Seperti yang dikongsikan oleh Ali Luke sendiri, apabila beliau bertemu semakin ramai blogger yang hebat, beliau terkejut tentang betapa banyak yang telah dilaburkan oleh blogger-blogger hebat tersebut dalam proses untuk 'belajar'. Mereka menghadiri persidangan, mereka membaca ebooks dan mengikuti ecourses (kursus online), dan mereka sentiasa memastikan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran mereka dalam dua perkara: mampu menulis dengan baik dan mahir dengan teknologi.
Langkah pertama : Menjadi 'pembaca kerap' blog hebat dan blog berkaitan penulisan blog. 3 yang dicadangkan di sini adalah: Problogger, DailyBlogTips dan CopyBlogger.
Perlaksanaan selanjutnya : Beli ebook atau ikuti ecourse yang akan membantu anda dalam penulisan blog anda seterusnya.

2. SUSTAINABILITY (Keberterusan)
Blog kamu perlu ada keberterusan. Walaupun kamu mungkin tidak menghasilkan wang yang banyak untuk bermula, namun kamu harus berusaha untuk mencukupkannya untuk dilabur pada beberapa bahan pembelajaran dan untuk menampung hosting kamu, pendaftaran domain dan kos blogging yang lain.
Kamu juga perlu bersikap realistik tentang masa yang perlu diluangkan untuk blog kamu. Tentu sekali kamu mungkin punya tenaga untuk menulis sepanjang minggu pada awal penubuhan blog kamu, namun adakah kamu mampu menjamin untuk mengekalkan stamina menulis tersebut selepas sebulan? Banyak sekali bakal 'blogger pro' yang menyerah setelah beberapa minggu disebabkan jadual blogging mereka yang tidak berterusan.
Langkah pertama : Jika hosting kamu dan kos lain membawa kerugian kepada blog kamu, cari cara yang mudah untuk menghasilkan pendapatan dari blog kamu. Pada masa ni terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menjadikan blog sebagai agen pengiklanan mereka dan blog tersebut turut dibayar untuk tujuan itu.
Perlaksanaan selanjutnya : Rancang pembelian besar pada awalnya seperti ecourse atau tiket persidangan. Cari cara untuk menampung semula kos tersebut menggunakan pendapatan dari blog, daripada mengeluarkan duit dari poket sendiri. Kamu boleh baca contoh bagaimana Ali Luke melakukannya.

3. CONSISTENCY (Konsisten)
Bolehkah kamu bayangkan membaca entri seperti ini di ProBlogger?
"Maaf semua, saya tahu sudah sebulan saya tidak mengemaskini blog kerana saya benar-benar sibuk..."
Tentu saja tidak! Blogger profesional sentiasa menulis (posting) secara konsisten. Sama ada ia bermakna sekali seminggu ataupun tiga kali sehari.
Menulis secara konsisten menunjukan bahawa kamu serius dengan blog kamu. Perlu ada demand and supply dalam berblog. Dengan cara ini tentu saja akan menjadikan pembaca sentiasa mengunjungi blog kamu untuk membaca tulisan terbaru. Apabila penulisan kamu sentiasa dibaca, secara tidak langsung kamu akan menjadi kerap menulis.
Langkah pertama : Tentukan jadual yang 'masuk akal' dan berterusan untuk penulisan kamu. Ianya tidak mengapa jika itu bermaksud satu entri seminggu. Pembaca lebih suka membaca entri yang hebat sekali seminggu daripada membaca rushed post (entri yang kelam kabut) selama tujuh kali seminggu kemudian tanpa ada sebarang entri untuk sebulan.
Perlaksanaan selanjutnya : Sediakan bahan penulisan lebih awal supaya kamu mempunyai 'simpanan' semasa tempoh sibuk kamu. Kamu boleh menjadualkan entri untuk diterbitkan secara automatik pada tempoh sibuk tersebut nanti. Supaya penulisan dalam blog kamu sentiasa konsisten biarpun kamu tidak menghadap blog kamu selama sebulan.

4. SELF-DISCIPLINE (Disiplin diri)
Terlalu mudah untuk memikirkan alasan untuk meninggalkan meja dan blog kamu. Biarpun kamu sangat suka menulis, kamu berkemungkinan merasa sukar untuk duduk dan tetap fokus pada saat kamu sedang membuat penulisan kamu.
Oleh sebab itu, disiplin diri sangat penting buat blogger profesional. Kamu perlu mampu untuk bekerja pada blog kamu tanpa menyemak Twitter atau Facebook kamu setiap selang dua minit, dan tanpa diganggu oleh hal-hal lain yang berlaku di sekeliling kamu.
Disiplin diri tidak bermaksud hanya duduk dan bekerja semata-mata. Ia juga bererti kamu tahu bila harus berhenti bekerja.
Langkah pertama : Di lain kali apabila kamu duduk untuk menulis bahan untuk blog, tutup segala internet browser kamu terlebih dahulu. Jangan buka sehingga kamu telah menulis selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Perlaksanaan selanjutnya : Cari kaedah untuk meningkatkan disiplin diri kamu dengan menukarkan persekitaran kamu.
- Bawa laptop kamu ke coffee shop yang tidak mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma.
- Bangun awal supaya kamu boleh berblog sebelum ke tempat kerja, daripada kamu berjuang untuk memotivasikan diri untuk berblog ketika pulang dari tempat kerja.
- Block laman web yang terlalu kerap anda lawati.

5. INTERGITY (Intergriti)
Perkara ini mungkin kelihatan seperti sikap yang agak aneh untuk dimasukkan dalam senarai, namun intergriti tersangat penting buat blogger profesional. Blogger terbaik yang pernah dikenali oleh penulis adalah mereka yang boleh menjadi tempat untuk kita menaruh kepercayaan. Apabila kamu membeli produk mereka, kamu yakin bahawa produk mereka berbaloi dengan apa yang kamu bayar. Kamu membeli produk yang dicadangkan dan kamu tahu bahawa mereka mencadangkannya kepada kamu bukan semata-mata untuk mendapatkan sedikit keuntungan daripadanya.
Sukar untuk menghuraikan kaitan intergriti untuk kamu dan blog kamu. Cuma kamu boleh memikirkan perkara ini - ianya mudah untuk kehilangan kepercayaan pembaca, dan sekali kamu kehilangannya, mereka tidak akan datang semula. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka memberi amaran kepada orang lain untuk mengelakkan diri dari kamu.
Langkah pertama : Pantikan kamu sentiasa memperlihatkan pautan affiliate. Perkara ini bukan semata-mata untuk membantu mendapatkan kepercayaan pembaca kamu, ia juga merupakan keperluan undang-undang seperti yang diaplikasikan di Amerika.
Perlaksanaan selanjutnya : Fikirkan situasi berikut. Adakah kamu akan menjalankan sponsored post pada blog kamu? Jika ya, adakah kamu akan mendedahkan statusnya? Adakah kamu akan mempromosikan produk yang kamu sendiri tidak pernah mencubanya? Jika demikian, adakah kamu boleh membuatkan pembaca kamu lebih jelas.

6. COURTESY (Kesopanan)
Situasi yang mana blogger saling menyerang antara satu sama lain sama ada melalui comment threads ataupun entri blog adalah sesuatu yang biasa apabila mereka ini berbeza pendapat tentang sesuatu perkara. Ini boleh menyebabkan pembaca memberi tanggapan negatif terhadap penulis blog.
Dari kerana itulah, kesopanan dalam berblog sangat dititikberatkan. Ertinya, berikan respon yang sopan dan menyenangkan kepada orang lain biarpun mereka telah mengatakan sesuatu yang membuatkan kamu marah. Jika blog kamu masih kecil, kesopanan juga memberi maksud membalas semua komen pembaca. Jika blog kamu terlalu besar untuk melakukan demikian, kesopanan mungkin sesuatu yang meminta kamu untuk menjelaskan pada ruangan/halaman 'About' bahawa kamu tidak dapat membalas semua komen, namun kamu menghargai segala komen mereka.
Langkah pertama : Jika kamu pernah merasa untuk menghantar komen yang bersifat marah, hentikannya. Keluar untuk mengambil udara segar sekurang-kurangnya sejam jika boleh.
Perlaksanaan selanjutnya : Pertimbangkan mempunyai polisi komen yang menggalakkan/memerlukan semua pembaca blog kamu untuk berinteraksi secara saling menghormati. Itu tidak bererti setiap orang harus bersetuju, namun mereka harus menghindarkan penggunaan bahasa yang agresif atau posting serangan peribadi. Ingat bahawa ramai pembaca mungkin akan membaca komen tersebut.

7. GROWTH (Perkembangan)
Akhir sekali, sebagai seorang blogger profesional, mereka tidak tinggal di tengah-tengah zon selesa mereka. Jika mereka melakukannya, mereka tidak akan pernah sampai jauh. Mereka terus melebarkan sayap, memajukan diri sendiri, mencuba perkara-perkara baru, membawa pembaca baru, dan melancarkan produk baru.
Mengembangkan blog tidak selalunya mudah. Ada kebanyakan masa di dalam perjalanan berblog kamu akan merasa gementar untuk mengambil langkah seterusnya. Mungkin kamu tidak pernah menghantar guest post kerana kamu bimbang akan ditolak. Atau mungkin kamu tidak memulakan ebook yang telah kamu rancangkan kerana pada fikiran kamu itu semua memerlukan kerja yang banyak.
Namun setiap blogger profesional perlu menulis guest post pertama mereka, melancarkan produk pertama mereka dan menghadiri persidangan pertama mereka. Memang diyakini bahawa mereka akan berasa gementar, tiada masalah berperasaan begitu, namun apa yang penting, mereka tetap melakukannya. Dan begitulah cara mereka dan blog mereka terus berkembang.
Langkah pertama : Cuba sesuatu yang mencabar kamu seperti menghantar emel kepada blogger yang kamu kagumi atau menghantar guest post pertama kamu.
Perlaksanaan selanjutnya :Teruskan mencari cara baru untuk mengembangkan blog kamu. Itu mungkin bermakna kamu harus mencuba joint venture, mengambil ecourse, menghadiri persidangan, menulis ebook, mengupah pembantu peribadi... atau hampir apa-apa saja. Mungkin kamu akan merasa takut untuk melakukannya buat kali pertama, namun ianya akan menjadi lebih mudah pada masa akan datang.

p/s: Jemput lawat blog saya yang lain di http://mohdareef.blogspot.com

Sunday, July 10, 2011

SEO Tips : Apa yang kurang pada link exchange?

Link exchange di kalangan blogger kini sudah menjadi suatu budaya. Pantang ada tawaran untuk bertukar-tukar link di sesuatu blog, pasti mendapat sambutan ramai. Pertukaran ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan incoming links ke blog, sekaligus menaikkan ranking blog dalam search engine. Ia memang sesuatu yang bagus, tidak salah. Tetapi ada satu sahaja kekurangan dalam kaedah ini ; incoming links hanya akan masuk ke satu page, iaitu front page blog.

Link masuk ke berbagai halaman [page] akan menunjukkan bahawa sesuatu blog itu memiliki banyak koleksi artikel-artikel yang berguna. Jika banyak link masuk ke suatu halaman sahaja, enjin carian akan beranggapan bahawa blog tersebut tidak memiliki maklumat yang banyak, malah lebih teruk, enjin carian mungkin menganggap semua link tersebut di ‘generate’ secara automated.

Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mendapatkan link masuk ke berbagai halaman:

1. Gunakan plugin Comment Luv sebaik-baiknya
Yang saya maksudkan disini, plugin comment luv pada kotak-kotak komen di blog-blog lain. Apabila memberi komen di blog yang memasang plugin ini, pastikan anda tidak meletakkan link ke satu sahaja artikel anda. Jika anda memberi komen di berbagai post di satu blog, pelbagaikan artikel untuk dipaut di comment luv. Dengan cara ini, tidak hanya sesuatu artikel tertentu dapat dipaut dari blog tersebut.



2. Artikel berkualiti
Tulislah artikel yang berkualiti, berinformasi, bukan setakat melepas batuk di tangga. Dengan cara ini, blogger-blogger lain tidak segan-segan untuk memberi pautan ke artikel tersebut. Jika anda menulis mengenai kisah peribadi, cuba fikirkan, berapa ramai orang yang sudi untuk berkongsi kisah hidup anda dengan orang lain?. Pandangan saya, tidak salah untuk menulis mengenai peribadi, tetapi, lebihkan artikel-artikel berinformasi di blog anda.

3. Laman sosial
Jika anda memiliki laman sosial [Facebook, Twitter] yang anda gunakan hanya untuk berhubung dengan rakan-rakan, bermakna anda tidak mempergunakan sepenuhnya kelebihan anda itu. Gunakan laman tersebut untuk menyebarkan artikel anda, setiap kali anda menulis artikel baru. Di Facebook, cara termudah adalah dengan menggunakan aplikasi NetworkedBlogs. Dengan aplikasi ini, setiap artikel baru akan dipost secara automatik ke wall anda. Anda juga boleh membuat fanpage blog anda sendiri supaya artikel-artikel tersebut tidak hanya tersebar ke rakan dan kenalan anda.

4. Aggregator
Gunakan laman Innit , Gengblogger dan banyak lagi blog pinger lain untuk ping artikel anda. Komuniti blogger di laman-laman sebegini tidak jemu untuk datang membaca artikel-artikel berkualiti. Gunakan laman ini sebaik-baiknya.

Ada berbagai cara lagi yang boleh digunakan. Gunakan kreativiti anda untuk memastikan artikel-artikel berguna di blog anda dibaca oleh ramai orang. Satu nasihat saya, jangan sesekali melakukan spamming. Salah satu contoh spam di kotak komen:

Good post =)
my latest post :
1. entri satu
2. entri dua
3. entri tiga

Komen sebegini mungkin menguntungkan anda dalan jangkamasa pendek, tetapi untuk jangkamasa panjang, ia merugikan. Jika sesuatu blog menggunakan plugin akismet, komen sebegini dilabel terus sebagai spam. Jika sekali dua, mungkin pemilik blog approve komen anda, tetapi jika 4-5 komen sehari di blog tersebut, silap-silap, anda terun di ban. Komenlah dengan ikhlas, jadi pemilik blog tidak segan untuk bertandang semula ke blog anda.

Tuesday, June 21, 2011

4 Jenis Tajuk Blog Untuk Tingkatkan Traffik Dengan Mendadak

OK. Ramai blogger yang sedar bahawa tajuk memainkan peranan yang PALING utama dalam meningkatkan trafik blog. Kemahiran yang diperlukan blogger adalah kemahiran untuk memanipulasikan ayat dan situasi semasa menulis. Masih belum faham? Takpe, dibawah aku terangkan dengan ayat yang lebih mudah.

Berikut adalah jenis-jenis tajuk yang boleh menarik trafik ikut kajian yang dijalankan sebelum ni.

1. Tajuk lucah!
- Kebanyakkan blogger akan dapati kata kunci yang sering digunakan adalah kata-kata lucah! Jika anda letakkan tajuk anda sedemikian, anda akan dapati trafik akan naik. Tapi jika anda blogger yang bertauliah dan bermaruah, elakkan menggunakan tajuk seperti ini. Nuffnang pun mungkin akan menarik iklan mereka daripada blog anda!

2. Tajuk berunsur hiburan.
- Perasan tak setiap kali lepas rancangan realiti, banyak blog yang 'menayangkan' keputusan selepas rancangan tersebut. Walaupun isinya hanya 2-3 ayat, tapi trafiknya naik mendadak. Hal ini kerana perangkak google akan sibuk. Bagi program drama pula, selalunya penonton TV akan terpikat melihat lelaki kacak atau perempuan cantik dalam drama tersebut. Dan ramai dalam kalangan mereka akan terus search di internet! Jadi jika anda kenal, terus buat entry baru. Contoh : "pelakon Secangkir Kasih yang Cun". Letakkan kata kekunci tajuk drama tersebut.

3. Tajuk memanipulasi.
- Ini antara tajuk yang sukar untuk dibuat. Selalunya hanya blogger yang kreatif sahaja yang selalu menggunakan tajuk sebegini. Contohnya "Aaron Aziz Meninggal Dunia". Isinya pula hanya menerangkan lakonan Aaron Aziz yang akhirnya 'meninggal dunia' dalam filem terbarunya. Jadi, tajuk manipulasi sedemikian akan menjadi pilihan orang ramai. Tapi hati-hati bila menggunakan tajuk jenis ini. Ini kerana pengunjung blog mungkin akan bosan atau marah dengan entri anda. Sekali sekala takpelah! hehe.

4. Tajuk berkenaan duit
-Contoh: ' Dalam 2 Hari Dapat RM1300!' atau ' Bagaimana Melabur Dalam...' Well, duit adalah ALAT untuk hidup. Jadi kebanyakan manusia waras akan mencari jalan bagaimana untuk mencari duit. Itu sebab kadang-kadang kita jumpa blogger yang mengkhususkan blog mereka kearah bidang pelaburan atau wang. Tapi ia juga memerlukan kemahiran yang tinggi.

Monday, June 20, 2011

SEO Optimum, Tetapi Tiada Kesan. Kenapa?

Tahun 2011, banyak yang berubah pada tahun ini. Dari situasi politik sehinggalah dunia internet, segalanya mula mengalami perubahan. Dalam dunia blog dan web, ramai yang mengeluh bila Google mengumumkan Pagerank yang terbaru. Ramai yang mengalami penurunan PR… Kenapa? Adakah kaedah yang digunakan oleh Google juga turut berubah?

Dari berita yang kedengaran di sana sini, jelas sekarang Google telah mengubah dan membaiki apa yang dipanggil ‘search algorithm’ dengan begitu drastik. Sehingga ada yang beranggapan bahawa ‘search bot’ mereka sekarang sudah setaraf dengan tahap kebijaksanaan manusia. Semua ini terpaksa dilakukan oleh Google bagi memastikan setiap hasil carian yang dibuat melalui ‘search engine’ mereka, akan memberi hasil yang berkualiti. Bukan sekadar mengikut ‘keyword’ yang ditaip tetapi akan membawa ke laman yang tidak sebagaimana yang diharapkan oleh sipencari. Ini semua berlaku gara-gara manipulasi yang dilakukan ke atas kelemahan ‘search bot’ mereka sebelum ini.

Jadi, sebahagian besar kaedah meningkatkan SEO yang dibuat sebelum ini telah tidak lagi ‘laku’ dan kaedah baru perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan bukan sahaja tidak akan mendapat respon dari ‘search bot’ bahkan mungkin boleh bertambah teruk pada masa akan datang. Bahkan kaedah meningkatkan link dengan kaedah ‘social bookmarking’ pun tidak akan meningkatkan nilai laman atau blog. Jika kita perasan banyak laman sosial ini telah pun ditutup. Bahkan ‘Delicious’ diantara laman social yang paling terkenal juga dalam proses penutupan. Tehnorati pula sudah tidak lagi menerima ‘ping’ kerana mereka sudah manjadi ‘sebijak’ Google. Mereka sekarang akan mencari post-post baru secara automatik.

Jika Technorati juga demikian, adakah Google akan ketinggalan? Pingomatic, laman yang akan kita guna untuk ping blog.. sebahagian besar link yang ada padanya juga telah terkubur. Jadi selama ini mungkin kita hanya membuat ping kosong yang tidak memberi apa-apa faedah pun.

Jadi, apa sebenarnya yang dicari oleh Google bot sekarang ini? Satu persoalan dengan beribu jawapan yang tidak pasti. Namun ramai pakar yang berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang kita tahu tentang Google iaitu,

1-Google tidak sukakan laman/blog yang kecil dan ‘tersembunyi’ dengan kandungan yang sangat minima, tetapi penuh dengan backlink yang menghala padanya.

2-Google sukakan kandungan (post/entry) yang berkaitan dengan blog tersebut. Sila semak ‘meta description blog anda’. Pastikan ianya berkaitan.

3-Google akan mula rasa syak jika terdapat laman/blog yang mempunyai link yang banyak dari ‘bookmarking site’. Jadi sila buat satu dua bookmark laman anda pada bookmarking site yang memang dikenali sahaja.

4-Googla mahukan link yang ‘semulajadi’ bukan dalam bentuk ‘force’ atau dibeli.

5-Google akan mengambil imej (snapshop) laman/blog yang akan disenaraikan pada SERP. Jadi pastikan theme yang anda guna akan membolehkan laman/blog anda jelas ‘kedudukan dan kelihatannya’.

6-Google memonitor Facebook dan Twitter dan mengenalpasti siapa yang ‘retweet’ blog anda.

7-Google sukakan lama/blog dengan content (entry/post) yang unik dan bukan sekadar copy dan paste.

8-Google mengambil kira panjang entry atau post satu-satu laman/blog.

9-Google mahukan laman/blog yang ditulis dengan ejaan dan tatabahasa yang betul untuk semua bahasa. (wah..!)

10-Google sukakan entry/post yang tersusun dan mudah dibaca (ada perenggan dan tersusun).

11-Google sukakan laman/blog yang mengizinkan pembacanya meninggalkan komen.

12-Google sukakan laman/blog yang mengizinkan pembaca untuk ‘subscribe’ rss atau twitter.

13-Google TIDAK SUKA kaedah SEO secara ‘blackhat’ dan ini akan memungkinkan laman/blog tersebut di blacklist.


Baik, itu diantara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membaiki SEO pada masa ini. Jika kedudukan dalam SERP masih belum bagus walaupun kita dah mengamalkan kaedah SEO yang terbaik, mungkin ada perkara-perkara di atas yang kita tidak ambil kira.

Sumber : hangat.tk

Sunday, June 19, 2011

Rahsia Tawan Traffik Dengan Innit Nuffnang

Berita baik untuk blogger yang meletakkan iklan nuffnang pada blog!!!! Tahukah anda dengan status Gliteratti yang anda ada itu anda boleh menawan traffik blog dengan mudah? Caranya mudah sahaja, hanya menggunakan Innit Nuffnang. Setiap kali anda menulis entri terbaru pastikan anda pingkan entri itu di Innit Nuffnang.

Pastikan entri yang di ping itu tersenarai didalam Featured Posts untuk memudahkan anda mendapat traffik tinggi pada blog. Bagaimanakah cara untuk tersenarai di dalam Featured Posts? Caranya cukup mudah. Pastikan anda membuat entri yang menarik dan tajuk menarik yang boleh membuat orang lain teruja dan ingin tahu mengenai isi entri anda itu.

Waktu paling sesuai untuk pingkan entri anda di Innit Nuffnang adalah pada pukul 12 tengah malam dan entri anda berpeluang tersenarai didalam Featured Posts. Featured Posts akan kelihatan di laman web Nuffnang.

Entri anda akan tersenarai di dalam Featured Post mengikut jumlah Nang It, semakin banyak Nang It semakin tinggi kedudukan didalam Featured Posts.

Cuma search : Innit Nuffnang di google.com.

Selamat mencuba!

GengBlogger.com Digodam!!



Adam Oscar DiMarco ( Bukan nama sebenar). Gila ke nak letak nama sebenar? Tapi Adam Oscar DiMarco ni bukanlah Annonymous. Dia juga hacker white hat yang tak mencuri data. Sekadar memberi amaran kepada blogger-blogger di Malaysia agar mengubah kata laluan anda ke tahap sekuriti yang baik.

Ni cerita lama. Geng blogger telah pulih seperti sediakala. ^_^.

Sila rujuk artikel yang lepas untuk maklumat dalam menentukan kata laluan blog anda.

Selamat Mencuba!

13 Password Paling Mudah Digodam

Tentu ramai antara kita yang sering menggunakan kata laluan atau password seperti dibawah. Bagi hacker, walaupun hacker yang low-profile dan hensem seperti Aaron Aziz macam aku ni, ia sangat mudah! Teknik godam seperti ini dipanggil Serangan Kamus atau dalam bahasa Inggerisnya Dictionary Attack. Ini adalah teknik yang paling asas dalam menggodam. Selalunya hacker akan menggunakan teknik ini dalam pencurian kata laluan WiFi. Tapi aku baik.

1. No Kad Pengenalan
2. Tarikh Lahir
3. Tarikh Lahir
4. Nombor Telefon Rumah atau Telefon Bimbit (HP)
5. 123456789
6. 111111
7. Perkataan "password"
8. ILoveYou
9. Nama123
10. a12b3c4d.... (dan seterusnya)
11. Gabungan nama anda dan kekasih anda
12. Menggunakan hanya nombor. ( Contohnya 3547322943543)
13. Nombor matriks di Universiti atau kolej

4 Jenis Earning Nuffnang untuk Blog

Know what? Ilmu Nuffnang pun aku rasa macam ilmu yang sangat luas, bukan semua orang tahu pasal Nuffnang sebab tu aku mind to share apa yang aku tahu. Untuk kali ni, aku nak memperkenalkan korang dengan jenis-jenis Earning dalam Nuffnang dan Faktor yang mempengaruhi Earning Nuffnang tu..

Setakat yang aku tahu, maksimum empat jenis pendapatan (Earning) yang boleh dilihat di dashboard Earning Nuffnang kita. 3 daripada jenis pendapatan itu ialah daripada iklan yang berlegar di blog manakala satu lagi adalah daripada Advertorials iaitu penulisan post / Review ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipilih sendiri oleh Advertiser, atas khidmat bantuan Nuffies.

Contoh Jenis earning yang ada dalam Nuffnang aku. Yang masih belum ada dalam ni adalah Sponsored Post / Advertorials.


1. Campaign @ CPC (Cost Per Click)


Ini adalah kempen iklan dengan bayaran lebih rendah ditawarkan oleh Nuffnang. Kebanyakan blog yang berdaftar dan mengiklankan ads dari Nuffnang di blog akan ada jenis earning ini. Kebiasaannya, earning jenis ini dikemaskini pada hari Isninsetiap minggu (kecuali cuti), so selepas jam 10.00pagi dah boleh semak untuk melihat jumlah pendapatan kempen ini bagi minggu sebelumnya.

Link berkaitan: Kenapa Income Nuffnang saya ciput?

Faktor yang mempengaruhi jumlah earning dalam iklan CPC / Campaign ini ialah:

Status Keahlian anda (Gliterati 25sen/klik , Ordinary Members 15sen/klik). Untuk kekerapan iklan keluar dan nilai CPC tinggi, pastikan anda seorang Gliterati Nuffnang.
Untuk blogger Malaysia yang mengiklan Nuffnang di blog, Trafik / Pelawat dari Malaysia sahaja di kira. So, kalau peratusan pelawat blog dari Malaysia rendah, kempen yang anda dapat juga lebih rendah. Set kan target Visitor dengan menggunakan Google Websmaster Tools.
Masa iklan terpapar di halaman blog. Jika semasa iklan keluar, dan pelawat semasa tu ramai, semakin tinggi kemungkinan untuk mendapatkan pendapatan dari CPC ni. So,pastikan trafik tinggi setiap masa dan kalau boleh, semasa iklan keluar, blogwalking ke blog-blog yang tuannya sedang online dan blog yang biasa jadi tumpuan berkumpul.
Iklan jenis ini tidak akan membayar anda sama sekali jika tidak ada orang yang mengklik. Persamaan untuk jenis iklan ini boleh kita nyatakan sebagai : Tiada Klik = Tiada Earning!

2. Buffered Earning @ mCPM (Cost Per Impression Campaign)


setelah disemak image yang diberi, bukanlah BE seperti yang dinyatakan.

Buffered Earning atau kebiasaanya disebut BE sememangnya stage tinggi dalam Nuffnang bagi blogger. Bila dapat, memang akan rasa bangga dan senyum je sebab tak semua orang akan dapat BE ni. Kempen ini diberi bergantung kepada advertisers yang memilih sendiri blog yang mereka berkenan dengan khidmat nasihat Nuffnang berdasarkan keahlian, sumber trafik dari negara mana dan gaya persembahan blog. BE ni dapat dilihat peningkatan nilainya setiap hari kerana ianya dikemaskini setiap hari, awal pagi dah boleh lihat penambahan current earning.



Current Earning = CTR Bonus x 4 ???

CTR Bonus diberi sebagai tanda penghargaan di atas prestasi baik blog untuk kempen tersebut yang mana CTR Bonus ni diberi apabila CTR (Click Through Ratio) melebihi 0.2% berdasarkan standard. Maknanya, jika ada orang klik ke atas iklan BE anda dengan nisbah lebih 0.2%, Nuffnang akan bagi bonus, tapi akan jadi 0 jika kurang 0.2%. Semuanya bergantung kepada pelawat yang berada di blog anda untuk klik iklan tersebut atau tidak.

CTR > 0.2% = Ada CTR Bonus



Current Earning pula memaparkan pendapatan mengikut bilangan impression pada masa kempen berlangsung di blog. Faktor mempengaruhi Current Earning ini ialah:

Status Keahlian anda. BE ni kebiasaannya diberi kepada Gliterati. Bagi Ordinary Members yang dapat BE ni, nilainya adalah separuh. Kalau tetiba bertukar jadi Ordinary, akan dipotong separuh pendapatan. So, pastikan anda Gliterati!
Dari mana pelawat anda datang. Kalau pelawat anda beribu setiap hari, tapi lebih 50% bukan dari Malaysia, Current Earning akan lebih rendah. Rasional? Iklan biasanya dari negara sendiri, so sudah pasti bakal pembeli yang diinginkan adalah daripada negara sendiri.
Jumlah pelawat blog anda pada hari kempen berlangsung di blog anda memainkan peranan penting. Anda boleh cuba untuk mengeksperimentasi dengan meningkatkan trafik blog anda bila ada BE ini dan melihat sendiri bagaimana nilainya bertambah setiap hari.
Iklan/Kempen ini juga bergantung kepada jumlah pelawat yang dibeli di blog anda. Jika blog anda telah memenuhi jumlah pelawat yang dibeli pada hari tertentu, anda takkan dapat melihat iklan tersebut di blog lagi. Dan iklan hanya akan keluar selepas jam 12 mlm untuk hari berikutnya selagi kempen berlangsung.
Tempoh iklan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan Current Earning. Bila tempoh iklan tu lama, makin gemuklah Current Earning, tapi ini semua bergantung kepada tempoh masa yg diberi Nuffnang. Kita sendiri takkan tahu bila ia akan berakhir dan menjadi Metered Earning.
Link berkaitan: 1. Tips untuk Buffered Earning

2. Buffered melimpah ruah di blog

Tips: Selagi ada Buffered Earning di blog, tingkatkanlah trafik ke blog anda!



3. Metered Earning


Ramai gak blogger yang keliru dengan apa Metered Earning, bila aku nampak ada blogger yang mengganggap Metered Earning adalah Earning baru dari Nuffnang untuk diorang. Metered Earning ini ialah Buffered Earning yang telah tamat tempoh. Maksudnya, bila kempen/iklan Buffered dah tak keluar di blog, bebila masa je dia akan ditukar menjadi Metered Earning, dan nilai Amount campur dengan CTR Bonus yang tercatat di dalam Metered Earning tu dah dikreditkan ke dalam Earning korang. Iklan ni kira dah lupus, dan Nuffnang dah bagi pembayaran untuk korang. Ingat, ini bukan iklan baru!


4. Sponsored Post @ Advertorials



Ini adalah peluang besar untuk mendapatkan pendapatan tinggi dari Nuffnang. Sebab tu lah Redmummy mampu mendapat ribuan ringgit dari Nuffnang setiap bulan, dan kalau tengok di blog dia jugak, pasti ada Job Advertorials yang dia perlu lakukan.



Untuk dapatkan Earning yang ni, memang masih misteri sebab ni peringkat tertinggi earning. Pemilihan memang definitely on Advertiser dan susah nak cakap apa kriteria yang diperlukan, tapi aku rasa its depend on kuasa membeli yang dipunyai oleh pelawat kita dan ada sumber cakap, UV kena melebihi 1000 setiap hari. Difahamkan, untuk satu Advertorial Job ni (sekarang ditukar nama ke Sponsored Post) blogger yang terpilih tu akan mendapat bayaran serendah RM50 sehingga RM1,500 per advertorial. Aku pun tak pasti kesahihannya sebab takde lagi yang pernah tayang Amount.

Tapi, bagi mereka yang pernah join dan memenangi Instant Cash Blogging Project Alpha punya , memang ada ruangan earning ni. Setiap Blog Entry yang menang dapat RM20. Sekarang baru aku rasa menyesal tak join dulu. Next Season, aku mesti try!

Sumber : Coretanmayaku

Saturday, June 18, 2011

10 Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Aku bukanlah otai dalam dunia blog. Aku cumalah seorang blogger yang seronok untuk menambah pendapatan melalui nuffnang. Aku buat blog ni bukanlah untuk popular. Tapi sekadar untuk berkongsi idea dan ilmu yang tak seberapa. Bukan mudah untuk berjaya. Tetapi mulakan dengan perlahan-lahan dan ikut rentak blogger yang telah berjaya.

Walaupun tak layak bercakap dalam entry ini. Tapi aku nak cakap jugak. Suka hati aku lah..hahaha


1. Selalu menambah entry baru

Bagi yang baru menceburi bidang blog, anda perlu kerap update blog anda. Kalau boleh setiap hari perlu update. Hal ini dapat meningkatkan status anda dalam berbloging. Ingat bahawa orang tidak akan jadi followers anda jika anda masih baru dan entry anda menyedihkan. Jadi rajin-rajinkanlah jari jemari anda untuk menaip. Kalau dah malas sangat, copy-paste je lah dari blog orang lain. TAPI jangan lupa untuk meminta kebenaran kepada tuan punya blog dan letakkan kredit kepadanya.

2. Ping Blog anda.

Ramai yang masih sengal-sengal ubi berkenaan dengan perkataan 'Ping Blog'. Ok, pernahkah anda melawat google.com? Pernahkah anda mencari sesuatu dalam google? Yang akan berada di ranking paling atas adalah carian yang paling popular. Ping blog akan membuatkan enjin carian pantas mencari blog anda. Ia adalah satu 'pemberitahuan' bahawa blog anda telah dikemaskini.

3. Hantar URL anda ke Google

Teknik ni ramai yang masih belum tahu. Cuba taip "google add url" di google.com dan hantarkan URL anda kesana. Jangan lupa, kebanyakan pengguna internet akan menjadikan google sebagai enjin carian. Di internet terdapat jutaan blog, tapi tak semua hantar ke google.com. Bila anda hantar ke google, anda akan dapati blog anda mudah dicari jika menggunakan enjin carian tersebut.


4. Elakkan menjadikan blog anda merimaskan.

Jangan letak lagu yang akan dimainkan secara automatik. Well, itu sangatlah mengganggu blog walker. Kadang-kadang aku rimas dengan lagu-lagu tu. Mungkin ia sedap ditelinga anda, tetapi tidak orang lain. Tujuan utama adalah untuk menyampaikan tulisan anda bukannya lagu.

5. Berikan komen di blog orang lain.

Perasan tak dalam blog-blog yang popular, akan ramai orang yang comment dalam setiap entry. Ini adalah salah satu strategi untuk meningkatkan traffic anda. Pelawat blog tersebut mungkin akan ke blog anda (jika anda bertuah). Tapi tolong jangan copy-paste comment yang sama kepada setiap blog yang anda lawati. Hormati mereka dan comment berdasarkan tajuk entry. Tentu pemilik blog berkecil hati dengan anda!

6. Bertukar link antara satu sama lain.

jom link exchange!


7. Aktifkan RSS blog anda

Letak RSS supaya orang boleh subscribe entri anda, maka peluang untuk dapat traffic tinggi makin bertambah.

8. Letak link blog anda diserata internet.

Rajin-rajinkan jari jemari anda untuk meletakkan link blog anda dimana-mana. COntoh paling mudah adalah Facebook. Takkan dalam 1000 kawan anda dalam Facebook, seorang pun tak berkenan nak klik link anda? Jika tak pun, mesti tajuk anda tidak menarik perhatian mereka.

9. Gunakan Search Assistant di Yahoo.com.

Search Assistant ni ada di Yahoo. Cuba cari dibahagian bawah. Ini antara langkah yang mudah untuk meningkatkan traffic anda.


10. Letak Tags di setiap entry anda.

Taip Tags di setiap entry anda. Kalau entry anda berkenaan dengan bola, taiplah Rajagobal ke, Bola Sepak ke, Kaki Bola ke, Kaki Bangku ke, taip banyak-banyak tapi berkaitan lah. Jangan cerita pasal bola tetapi taip Stoking pulak.

Cara Termudah Tingkatkan Traffic Blog Anda!

Hanya dengan Ping Blog. Tulis apa-apa di blog. Lepas tu pingkan blog anda di 17 laman web yang disenaraikan dibawah ini. Hanya kelik-kelik ja. Termudah kan? Tak payah nak 'huha huha' kat blog orang lain suruh lawat blog anda. :-P. Laman web ping dan diberi pada entry yang lepas. Yang ni pulak group di Facebook yang membolehkan anda share link anda di group-group tersebut. Lebih mudah kan?
Selamat berjaya!

Senarai 17 Ping Blog di FACEBOOK

1. KakiBLOGGER
2. KELAB BLOGGER
3. Kelab Blogger Syoknya Download
4. I'm Blogger
5. Blogger's Malaysia
6. BLOGGERS MALAYSIA
7. Malaysia Blogger United
8. Blogger Tegar Family
9. Geng Blogger!!
10. Kelab Blogger Tegar Malaya
11. Gengblogger
12. Blogger Melayu
13. 1,000,000 MALAYSIA BLOGGERS! (Suggest!!!)
14. MusLiM BloGGeR UniTeD
15. blogger tegar malaysia
16. Sahabat Blogger
17. Blogger Ping

Friday, June 17, 2011

Ciri-ciri Blog Yang Kurang Digemari

Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.

Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je, itu namanya blogger syok sendiri. Hehe. Jadi pernah tak kita rasa apa yang pembaca rasa bila baca sesuatu blog ni? Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.

1. Font CAPS LOCK

Dulu-dulu kita kat sekolah rendah ada belajar kan pasal penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Tapi kenapa tak nak aplikasikan benda tu bila tulis blog? Sebab ada sesetengah blog yang suka guna CAPS LOCK dari tajuk sampai ke ending. Kalau emosi tak stabil, terus saya terus tekan tanda ‘X’ yang berwarna merah di bahagian atas sebelah kanan. Rugikan? Penat je kita buat blogwalking dan ping-ping entri blog.

2. Font colourful

Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.

3. Lagu autoplay

Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.

Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.

4. Entri tiada perenggan

6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah. Cikgu tak ajar ke kalau nak buat karangan kena ada perenggan? Bila kita membaca buku, novel dan sebagainya, kita kadang-kadang nak berfikir sekejap dan rehat-rehatkan minda kan. Macam mana kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar je kan buku tu? Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog.

5. Tiada gambar

Bayangkan blog yang kita baca tu dahlah takde perenggan langsung, lepas tu gambar-gambar pun tak nak letak. Apakah? Kadang-kadang bila kita letak satu gambar tu, pembaca akan berfikir, apa kaitannya gambar tu dengan entri yang kita tulis. Kalau pembaca tu berfikiran abstrak, mesti dia kagum dengan blog kita dan terus dorang tekan ‘Follow’ dekat list follower korang. Kalau letak gambar-gambar lucu pun boleh melegakan sikit kepala sebab ada hiburan ringan di samping entri blog yang panjang.

6. Lambat load, banyak widget

Ini lagi satu halnya, nak sangat blog kita nampak gempak, macam-macam widget kita letak. Konon jelah nampak cantik tapi tak cantik pun sebenarnya. Kesannya, blog lambat nak load. Dahlah guna celcom, maxis, digi berukband yang slow nak m@#*& tu. Pembaca apa lagi, terus tekan tanda ‘X’, buang masa tunggu loading. Satu lagi kerugian buat korang.

7. Tulisan kecik sangat

Alahai, tulisan macam semut. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak. Blog-blog yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda ‘X’. Apalah salahnya guna tulisan besar sikit, standardla saiz 12. Jangan guna saiz 8.

8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + ejaan gedik

Ni lagi satu kegilaan blogger-blogger baru, biasanya remaja-remaja perempuan yang masih bersekolah atau baru habis SPM. Konon nak ikut trend tapi bila baca blog macam ni rasa menyampah pun ada rasanya. Pembaca pun annoying dengan abjad yang dicampur-adukkan dengan nombor. Ingat citarasa korang tak semestinya citarasa pembaca jugak. Fikir-fikirkanlah.

Jika korang tak percaya apa yang saya cakapkan, cubalah jenguk-jenguk blog Justkhai atauBeautiful Nara. Ada tak dorang guna benda-benda kat atas tu.

Saya nak minta maaf jika ada pendapat-pendapat saya yang berbeza dengan kalian semua. Sila perbetulkan jika ada yang salah. Jika korang tetap berpendirian ‘blog aku, suka hati akulah’, sampai bila pun korang takkan maju. Lepas tu jangan nak tanya kenapa blog korang sunyi sepi. Lebih baik tulis dalam notepad dan save.


sumber :ohmalaysia

10 Laman Web Ping Blog Untuk Naikkan Traffic Blog

Melalui ping blog anda, traffic mudah naik. Kebanyakan bloggger Malaysia hanya mengenali gengblogger.com sebagai satu-satunya tempat untuk ping blog. Padahal banyak lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan ping blog secara percuma. Dengan jumlah blog di Malaysia melebihi 100,000, takkan seorang pun taknak jenguk blog anda betul tak? Cubalah. Pasti naik. Kalau tak banyak pun sekurang-kurangnya ada!. Selamat mencuba!



1.GENGBLOGGER.COM



2. INNIT by NUFFNANG




3. BLOGGED.MY


4. PINGLER.COM


5. PING-O-MATIC

6. PINGATES.COM


7. AUTOPINGER.COM


8. DIGG.COM


9. PING ENTRY BARU DI PING.IN

10. PINGMYBLOG.COM



Cara Untuk Ping Blog di GengBlogger.com



Apa itu Ping Blog?
Ping adalah salah satu langkah untuk meningkatkan traffic dalam blog anda. Ping digunakan untuk memberitahu blogger lain bahawa kita telah mengemaskini blog. Di geng blogger.com, blog yang di'ping' boleh di'tweet' di twitter dan pelbagai kemudahan lain. Jadi agak rugi rasanya jika kita tak ping! Okeh. Ini adalah langkah-langkah untuk ping di gengblogger.com.

-Ahli gengblogger sehingga hari ini berjumlah 11,700 orang ( 99% melayu )
-Secara purata lebih kurang 1000 blog entry di ping setiap hari.
-Gengbogger adalah satu komuniti yang sihat, banyak aktiviti yang dianjurkan hasil ---inisiatif ahli gengblogger itu sendiri.
-Terdapat lebih kurang 5k topik perbincangan di forum gengblogger.
-Gengblogger adalah tempat yang bagus untuk korang jelajah!


1. Masuk gengblogger.com
2. Klik butang 'daftar/masuk' yang berada di atas sebelah kanan monitor anda.


4. Klik 'rumah'




5. Klik 'tambah blog' dan isikan nama dan url blog anda.


Selamat mencuba!
Lepas ni aku akan mendedahkan beberapa lagi laman ping blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...